ASSALAMUALAIKUM...selamat datang.. :) thankz for viewing my blog..

Saturday 31 December 2011

Ya Allah....

Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah ya tuhan ku..
Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang,,

kau titipkan lah rasa kasih sayang antara aku dan dia,
agar sentiasa berpanjangan sampai ke akhir nyawa ,
dan temukan lah kami di Mahligai indah mu disana nnt,
izinkan lah aku menjadi bidadari untuknya,
hanya aku ..

Ya Allah,,
ku bermohon pada mu,
agar perjalanan hidup kami dipermudahkan,
segala onak duri dan ranjau dilalui bersama,
cekalkan hati kami untuk menerima dugaan dari mu Ya Allah,
kuatkan lah iman kami, teguhkanlah rasa cinta kami yang disemai sekian lama,
agar tiada yang datang meracuni cinta nan suci ini.

Ya Allah ,
Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa,
Kau ampunilah dosa-dosaku, dan juga suami ku yang tercinta,
dia lah cinta hati ku yang terakhir dan selamanya,,
ku mohon keredhaan dariMu Ya Allah,
berkatilah hidup kami berdua.. Kau libdungilah kami dari sebarang malapetaka,
hasrat dengki sesama manusia dan juga hasutan syaitan dan iblis,

Ya Tuhanku ,
Jikalau Kau tidak berhendakan kami menerima cahaya mata lagi,,
aku redha dengan ketentuan mu Ya Allah,
sesungguhnya aku malu dengan Mu ,
kerana aku selalu alpa dgn perintahmu,
tapi hanya satu permintaanku Ya Allah, ,
Jangan sekali hancurkan rasa kasih sayang kami berdua,
dan jauhikan lah kami dari racun yang bisa menghapuskan rasa kasih sayang kami..

Aamin Ya Rab bal Alamin...

Saturday 24 December 2011

Haram ucap Merry Crismast




















Hukum ucap Merry Christmas : Haram ?
Bolehkan orang Islam mengucapkan Selamat Hari Raya orang bukan Islam ?

Setelah meneliti tulisan Prof. Dr Abdul Hayei bin Abdul Sukor pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, saya menemui jawapannya.

Menurut beliau, mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam sempena hari-hari perayaan mereka seperti hari Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Thaipusam termasuklah antara masaalah furu’ (cabang) yang diperselisihkan oleh para ulama zaman sekarang. Ada di kalangan ulama yang mengharamkannya dan ada juga ulama yang mengharuskannya.

Pendapat yang mengharamkan

Antara ulama yang mengharamkannya ialah Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid, salah seorang ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat perbuatan mengucapkan selamat pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam. Beliau berhujah, hari perayaan agama kaum lain pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia termasuk dalam golongan mereka ” (Sahih riwayat Abu Daud).

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:

Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Hari Natal) kepada orang-orang kafir?
Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita?
Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini?
Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya?
Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

Jawapan:

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Hari Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma’).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata:

Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, “semoga hari raya anda diberkati” atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah haram bagi seorang Muslim meredhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya kerana Allah ta’ala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya:

Ertinya:
“Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]

Ertinya :
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diredhai Allah ta’ala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad salla Allhu ‘alaihi wa sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah ta’ala berfirman:

Ertinya :
“Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ‘ikut serta’ bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi salla Allhu ‘alaihi wa sallam:

Ertinya :
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka”. [hadis riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.
(Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, no. 403)

Selain itu, dalam satu kaedah, di mana para ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu redha kepada kekufuran adalah kufur. Justeru mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam termasuk rela terhadap kekufuran mereka. Keadaannya sama seperti kita merelai dosa-dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya.

Pendapat yang mengharuskan

Manakala seorang ulama terkenal Islam merangkap Mufti kerajaan Qatar , Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi berpendapat hukum mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam seperti Hari Krismas adalah harus, jika mereka memulakan ucapan selamat Hari Raya kepada kita.

Al-Qardhawi berpendapat, Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Mumthanah ayat 8,

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".

Pendapat beliau ini disokong oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, dengan fatwa yang dikeluarkan seperti berikut,

Sesungguhnya mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari perayaan mereka merupakan lebih daripada kewajipan jika mereka mengucapkan selamat pada hari perayaan Islam. Hujahnya ialah kerana kita diperintahkan membalas perlakuan baik dengan perlakuan yang serupa dan membalas ucapan selamat dengan ucapan yang sama baiknya. Allah SWT berfirman,

Apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan segala sesuatu. (Surah An-Nisaa’ : 86)

Oleh yang demikian, tidak ada suatu pun yang menghalang orang Islam daripada mengucapkan ‘selamat’ kepada orang bukan Islam baik secara lisan mahupun tulisan seperti menghantar kad dengan syarat kad yang dihantar tidak mempunyai lambang atau kata-kata agama yang bertentangan dengan prinsip akidah Islam.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Prof. Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor memilih jalan yang lebih sederhana dalam isu ini. Katanya, adalah jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari raya kaum bukan Islam seperti memasang lampu warna-warni di sekeliling rumah, menghias rumah dengan pokok krismas, menyertai perarakan Thaipusam dan lain-lain kerana amalan ini ada hubung kait dengan akidah. Begitu juga adalah haram bagi umat Islam jika mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran agama mereka jika ianya bermaksud untuk sama-sama berhari raya dengan mereka, merelai kekufuran mereka dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama (mereka).

Tetapi jika maksud ucapan ‘selamat’ pada hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, maka saya kira pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekaligus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka. Sama seperti sekiranya mereka menghulurkan makanan yang halal kepada kita dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih dengan makanan atau hadiah yang diberi, saya kira ia tidak ada kena mengena dengan akidah, bahkan kita harus menerimanya selagi mana ia adalah halal dan suci.

Demikian juga jika pada hari-hari kebesaran itu merupakan hari kelepasan am, semua pejabat dan kakitangan kerajaan diberi cuti, termasuk kakitangan yang beragama Islam. Saya tidak fikir jika kita bersuka ria kerana bercuti pada hari itu, maka kita boleh dianggap turut membesarkan syiar agama dan budaya kaum bukan Islam.



** mempliagat hak cipta org lain mmg tak baik.. tp aku menciplak info ni utk sebarkan kepada semua readers2 yang ade.. bukan nak senang copy paste sahaja k!

Sunday 18 December 2011

~Kee eLL kRazeeNite FuNdrivE~

Assalammuailaikum ~ ~ ~

fuuuhhh...fuuhh...fuhh...
bersihkan sikit habuk ni hah.. da mula berabuk sikit,, rajin sgt mengarutnyer.. 
ehehehee...
ape habaq semua? sihat ka?da makan?da minum? da mandi?da ehem² ( apekah?? eheheh )
ape story ni...?? asal da lama tak update?
eLL bizi yang tahap extream giler minggu ni... mmg padat,sendat dan ketat jadual.. sampai ade kerje²
yang terpakse dihangkut bawak balik JB

ok.. now,, nak citer pasal ari tu eLL dan MS g mengkonvoikan diri ke keeELL
hah! sebut betul betul...keeELL! lagi skali..keeELL,, ehehehe :P

kami kesana berkonvoi bersama ALZArian Johor,, utk menjoinkan diri dlm program
>Kee eLL  kRazeeNite FuNdrivE<

mmg best lah kan bile dapat berjumpa dgn semua alzarian,, boleh dikatakan hampir seluruh Malaysia dtg..
time ni lah berkenalan antara 1 sama lain..
dannn....
kenangan yang paling syok skali bile kami berFUNDRIVE serata KeeELL di eskot 
oleh cik abang² polisi.. bangge wey..!! kitorang lalu kete semua benti bai..!! tgh² bandar keeELL plak tu..
kena pulak mlm mggu.. hai.. sonok tak terkata.. rasa cam jadi anak sultan Ibrahim pun ye gak..
mesti korang tak caya kan.. cayolah ckp den..
klu tak cayo tgk ni... siap masuk youtube taw..
kalau korang terer,, cer cari.. maner satu cik siti nuralza..
jom layan VC ni jap..


amacam? ade caya kah? ehehehe.. itu mlm,, keeELL ..MAOC yang punyer,, 
Malik sama Shark pun takut taw.. eheheheh

bawah ni pulak gambar sepanjang hari di KL..



tuuu diaaa... ni lah "jejaka terhangat" sr Johor..hangat kerr???eheheheee
mase ni baru tibe keeELL





ok.. mase ni kat tesco ampang kot klu tak slh..
semua yang join krazeenite berkumpul kat cni..
ramai giler! mmg meriah ler.. terbaikk lahh


hah...! ni lah akibatnyer bile tak sempat lunch.. dan nilah hasilnya bile masing2 dilanda kebuluran..
da dekat kol 8mlm baru nak lunch+dinner..
masa ni kat tesco .. sementara yang ramai2 kat luar tu tgh register,..
kami melantak dulu kasi kenyang dulu..


tutup mata.. tutup mata..!! seksi uol nampak B****T ni.. eheheheh
deretan alzaalzialzualzoalze kat dataran mahkamah tinggi..
klu org kl mesti taw..giler tak giler kami ni dapat masuk kat dataran time mlm mggu..


klu tadi tunjuk tuuutttttt... ni baru tunjuk muka,, ehehehehe


comel x yang pky skarf reben berlampu2 tu?comel kann..kan.. kan.. ehehehe
bini sape lah ni.. ahahahaa


banner dari Centre Region


taraa... ok time berkenalan..yang ni adi n family.. wife dia anis,,
paling geram tgk si botak tu ha..


yang ni plak..fahmi n family..wife dia,,namanyer kak gee


dan ni  lah dia Johor State Leader a.k.a JSL
har dyie n family..n wifenyer pulak kak sue a.k.a kak yong..ehehehe


ni korang tgk perut je da taw kan.. lagi beso perut lagi beso lah pangkat dia.. ehehehee.. nilah dia abang kawasan.. wah gitu..!  Head Of Region a.k.a HOR ( bukan HOT ye! ehehehe )
bg Johor,Melaka dan N9..


gambar yang ni mmg Ell saje bg besar... ehehehehe
sape hah ni? mls ckp lah.. yang kanan tu lagi besar pangkat dia..
klh dari yang atas² nun..mana tak nyer..dia lah yang berjaya merebut tahtah hatiku.. :P


eehhh ehh.. cam ner ley terselit pic mahal ni plak..ehehehe



hari kedua ~ ~ ~ ~


tgk backgroud pun da taw kat ner kan,,
mls ckp lah,,tgk lah gambar bawah ni plak..


alamak....!! sape ni??




amacam? ade gaya pemanah negara x? ehhh tak yah lah sampai negara..
pemanah hati en.suami sudeehhh,, ehehehee


ecececehhh.. MS beriye je kan,,jgn tersalah panah pulak yang uit..!


ni lah gayanyer biler bapak2 budak da bergambar.. eheheheee


fulamakkk...!!! gilerkentang.. laki saper ni,, ley ngorat tak? weeweett... ehehehehe

oklah..panjang berjela entri Ell kali  ni..cukuplah sampai disini..
ku mengundurkan diri....ku mengundurkan diri...
( sape tau lagu ni?? luper tajuk lah..)
ok.. babaiii.. assalam :)

Friday 9 December 2011

sedih~marah~bingung~geram~tension!!!



Assalammualaikum..
ri ni Ell cam tak de mood sgt  ler..tak tau knaper.. 
rase cam nak marah jer.. cian my MS asek kena marah jer..
pantang slh sikit.. 
emo tak terkawalah.. sorry k my dear..

errrkkkk!! naper ni.. skit2 nak marah.. kejap2 rase boring,,, 
sikit2 nak emo.. nak mrajuk2... aduhai hati ku sayang,,
mengapa kau begini.. sabar lah.. ape yang tak kena pun aku tak pasti..
bosannyer biler emosi cam ni.. adoi.. tak pasal2 bole jadi gadoh ni kang..
errmmm... Ms,, tolong lah paham perasaan adinda mu ni yer.. 
hormon adinda mu ini tgh bercelaru....

huk huk huk... sedih nyer rase... sobb soobb... soobb soobbb..



Tuesday 6 December 2011

superpowergilerkentangbudakni~~

Assalammualaikum...
 hye... semua... mcm biase.. hope semua sihat disampaing keluarga tercinta yer..
kali ni ell nak share pasal ade sorang budak yang SUPERPOWERGILERKENTANG
punyer sore bdk ni.. Ell dgr meremang bulu roma.. mmg power lah.. peeehhhh~~~~~

da.2 Ell mls nak celoteh panjang.. korang layan suare bdk ni yang mmg 
maaannnttthhhooopppp abes..



hah! amacam? giler lah bai... jumpe vdeo bdak ni mase tgh jejalan di UT.. 
dik uit.. anak sapo yer? ley jadi retis ler pas ni.. power giler sore  ko..
nnt klu da terkenal jgn sombong yer.. b4 ko terkenal nak mintak otograp dulu ley x??
ahahahahaaa!!!

Saturday 3 December 2011

korang tau ke tak tau?? #2



dlm mase seminit... 


- Search engine Google menyajikan lebih bahawa 694,445 pertanyaan


- 6,600 + gambar dimuat-naik ke Flickr



- 600 video telah dimuat naik ke video YouTube, berjumlah 25 jam + kandungan

- 695,000 update status, 79,364 posts dinding dan 510,040 komen diterbitkan pada laman Social 

Networking, Facebook


- 70 domain baru berdaftar


- 168,000,000 + emel dihantar


- 320 akaun baru dan 98,000 tweets dijana pada laman Social Networking, Twitter


- Aplikasi iPhone dimuat turun lebih dari 13, 000 kali


- 20,000 post baru diterbitkan pada platform Micro-blogging, Tumbler


- FireFox pelayar web popular dimuat turun lebih daripada 1,700 kali


- Platform blog popular iaitu Wordpress dimuat turun lebih daripada 50 kali


- Plugins WordPress dimuat turun lebih daripada 125 kali


- 100 akaun dicipta pada laman rangkaian profesional LinkedIn


- 40 soalan baru ditanya di YahooAnswers.com


- 100 + soalan ditanya di Answers.com


- 1 artikel baru diterbitkan di Associated Content, sumber terbesar di dunia bagi kandungan yang dihasilkan
 oleh komuniti


- 1 takrif baru ditambah di UrbanDictionary.com


- 1,200 + iklan baru dicipta di Craigslist


- 370,000 + minit panggilan suara yang dilakukan oleh pengguna Skype


- 13,000 + jam aliran muzik dilakukan oleh penyedia radio internet peribadi, Pandora


- 1600 + bacaan di Scribd, syarikat penerbitan bacaan sosial terbesar


holidayyyy...,!!!!

Assalammualaikummm....
apa kabar semua.. harap semua sihat dissamping keluarga tercinta dan
sentiasa diredhai Allah ..
Ell sihat saje.. sakit sikit-sikit tu biaselah.. byk dosa kering agaknyer..
eheheee..sesungguhnya sakit itu penghapus dosa..

mintak maaf pada reader kesayangan Ell semua  da lama tak update
blog sbb agak bz ,, maklumlah ..ni lah naseb org berkerjaya..
( mcm ade good² je kan aku,... ahahahah )
 kedai Alala Shope pun  agak terbiar sikit.. 3² share partner bz memanjang..

ok2.. da.. intro yang da melalut tah kemana2 simpang Ell pun tak sure da ni.. back to title.. ( ahahahaha !! )
Ell dan Ms telah menjoinkan diri dlm MAOC atau nama panjangnyer My Alza Owner Club..
mmg best join group ni.. mcm2 aktiviti diorang buat,, semuanyer lebih kepada kekeluargaan ler..
so, pada 19hb-20hb Nov 2011 yang lepas , family day MAOC sr Johor telah dijalankan
 di Endau Beach Resort,, mmg bestlah kan,, macam² aktiviti yang dibuat.. dan yang paling syok
sakali acara sukaneka .. mak-mak n bapak2 da jadi budak².. ehehehe nak tgk pic?? ok.. Ell kasi tunjuk skit..


  yang atas ni acara baling belon berisi air.. ehehe.. beriye aku nak baling kebalakang.. ahahah
tp dlm game ni group merah kalah.. ni semua salah Ms.. tunjang sgt..!ehehehe


yang ni mesti korang da tau kan...
kalah jgk.. sbb last2 minit.. tisu tu terputus.. geram tol!
ni semua slh tisu.. klu tak.. kitorang da menang.. ahahahahah!!!

ni acara yang paling kontroversi.. ehehehehe
semangat!! tgk ler muka Ell dan MS yang very beriye2


taraaa... ni acara rebut gegula plak.. ehehehe... mmg kalah ler bebudak tu klu Ell  yang main.. tgk tu,,
cuma mmpu tgk jer.. Ell da conquer abes.. ahahahahaha..
xdelah.... time ni ell menyibukkan diri tgh kire gegula bebudak yang main game ni..
sgt best.. kami yang da tua2 bangke
 ( Ell muda lagi k..boley masuk pertandingan kanak2 chomel lagi.. hak hak hak ! )
ni pun xcited mengalahkan budak2 yang main game ni..


game yang ni tak yah ckp lah game ape... korang tgk pun da tawkan game ape ni..
eheheh.. kali ni game ni kiorang menang dgn penuh bergaya..
steady je beb.. tgk lah Ell melangkah dgn penuh bersemangat waja.. ehehehe


hadiah.. hadiah...!! Ell da rembat dulu hadiah ² ni sbb diorang main ngelat..
ehehehee.. xdelah.. dlm program ni Ell antara Ajk hadiah..,
so masa ni tgh membuat persiapan terakhir ( cheewaahh! )
sebelum majlis penyerahan hadiah
kpd pemenang..

ok skang Ell bg korang layan siki pemandangan indah sekitar chalet tuyer.. mmg terbaik pemandangan
kat cni..

ok yang ni
plak antara candid2 yang sempat di ambil..

ok.. dah2.. klu ikutkan byk lagi gambar Ell nak share..tp takot korang meluat plak tgk asek gambar ell jekan..
last.. but not least.. terimalah...












 taaaraaaaa... ni lah big family maoc sr johor.. terbaik!


n seKETUL pic MS
( tgh berangan lah tu... ehehehehe :P )