ASSALAMUALAIKUM...selamat datang.. :) thankz for viewing my blog..

Friday 27 July 2012

oh! apple..

Assalamualaikum..
alhamdulilah.. selesai sudah berbuka puase.. syukur dgn rezeki yang dilimpahkan..
 story ari nipasal apple.bile ckp psl apple mesti terbayang gadjet-gadjet canggih berjenama apple..no..no..no..ell nak story pasal buah apple..
lepas buka tadi tergerak nak mkn apple.. so...bukak frige.. godek punyer godek.. jumpe apple dua ketui (ros
k bahasa aku..hihihi)ok.amek dua-dua,,kasi dia peluang posing cun2.. kechekek..kechekek.. ok..
tetibe teringat aritu ade terbace artikel pasal apple ni disalut lilin untuk kelihatan segar bugar..
so..dgn semangat waja utk menjalankan eksperimental..
berbekalkan radas2 di dapur..aku pun menjalankan ujikaji...

Bahan :sarung tgn,pisau cap kiwi,bikar (cawan ),air sirap,dan buah Apple.

cara-cara
a) pky sarung tgn,dengan berhati-hati untuk elakan tgn anda luka.. (poyo aku ni.. hahahaha )

b)pastikan pisau cap kiwi anda tajam dan telah diasah sebaiknyer.

c) masukkan air  sirap yang dibancuh sesedapnye kedlm bikar..

d) ambil pisau cap kiwi dan buah apple..kikis secara perlahan-lahan tanpa mencederakan buah tersebut.

e)hasilnyer..korang akan dapat lihat sendiri lilin punyer bhn buangan..hehehehe..maksud ell klu korang kikis lilin biase tu..mcm tu lhjgk korang akan dpt lihat.. so..dakwaan apple disaluti lilin tu MEMANG BENAR!
f) ok.. da berpeluh-peluh mengikis apple tu.. minum dgn nikmatnyer air sirap yang kotang da bancuh sesedap rase.. nikmatkan??? hehehe...

ntw..bukan apple shj yang disaluti lilin ni..buah2 yang seangkatan ngan apple ni pun mmg disaluti lilin.vthnuer mcm buah pear,buah lai.. mcm2 lah.. so untuk menjamin kesihatan kita ..lebih baik dibuangkan sahaja kulit apple tu yer...


#pestime update blog guna yab..mmg mencabar keimanan..huhuhu

Wednesday 25 July 2012

saya cuma si kerdil

Morning semua.....morning ker?? da masuk tgh hari  da ni kot...
citer pasal kerdil ni... tak de kaitan langsung sama ade yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia..



the true story sebenarnyer ell nak citer pasal blogwalking ..
ok..tgh terjah menerjah dari satu blog ke satu blog..
tetibe hati terpanggil untuk terjah blog abe hensem BEN ASHAARI
sebelum ni cume dgr je yang dia ni blogger terhebat di alam maya ni..
bile da tgk sendiri.. mmg terbaik!selute doble spring lah kan..
hahahaha..



knape ell baru terjah blog dia? sedangkan dia lah mentor bg blogger baru lg freshy macam ell ni
uhh... bukan Ell menyombong.. tapi tak terlintas langsung nk g terjah...
blog sendiri tak terurus,, hahahaha

berbalik pasal isu kerdil ni.. ell ni mmg ler tersgt kerdil jika nak dibandingkan blogger-blogger hebat ni..
malu rasenyer diri ini dibandingkan dengan mereka,,,
setiap yang dipost pasti akan mendapat sambutan walaupun bercerita pasal anak dia sahaja..
wahh.. mmg sgt hebat,,,!

btw.. isu kerdil ni bukan takat ni jer.. tetibe rase diri ni juga kerdil dihadapan Allah s.wt.
Sebagai hamba yang tak pernah lepas melakukan kesilapan demi kesilapan
dan kadang tidak sedar kesilapan yang dilakukan,,,
harap kita akan terus diberi peluang untuk perbetulkan kesilapan
yang sering kita lakukan dan diberi kesedaran
tengatang kesilapan kita..


# knapa tetibe skema gila post aku kali ni..????????

 

Tuesday 24 July 2012

wajah baru,rasa baru...

Assalammualaikum semua...

tah ape rajin sgt hari ni.. lepas je menaip entry baru.. terasa nak kan perubahan pada wajah .. wajah? buat plasyik surgery?? ohh... no..no..no... bukan wajah ell.. tapi wajah blog ni ler.. 
korang tak perasan ke apa ² perubahan... hehehehehee
ok x?komen ler maner yang rase kureng sesueeiiii tu kan.. 
maklumlah.. kita ni budak baru belajar..
klu salah tolong jolokan..ehhh.. tunjukkan..
 (lain macam je jolok ni.. korang jgn pk -ve yer.. ! )

so far baru tukar sikit - sikit jer.. yang based dulu...
tangan ni da naik lenguh klik sana, klik sini ..
uuhhh..letih nyerr...lagi-lagi bulan pose ni..
( ALASAN !! hahahaha.. )
 oklah.. cukuplah ni..asek nak membebel je dari tadi..
tggu perubahan yang lain pulak yer.. 
btw... sape taw sesiapa yang rajin nak buat header.. ell malas nak buat.. 
yang ade pun maintaram je.. huhuhuhuu klu ade bgtaw yorr..

peace no war ! 

# nak masak buke ape yer ari ni??? 
  
 

Salam Ramadan



Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulilah..syukur nikmat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
dapat kita bersua lagi dibulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan.
terlalu lama rasanya tidak bertemu dengan bulan yang memberi seribu kemanisan kepada setiap insan yang tahu kenikmatannya.

Walaupun da hampir masuk empat hari kita berpuasa.. Ell rase belum terlambat lagi untuk mengucapkan
salam ramadan buat semua..semoga ramadan kali ini lebih baik dari ramadan yang sebelumnye. 
( puase naaa.. jgn nak ngelat lebih bg yang da baliqh.. )

sempena ramadan yang telah tibe ni,, dan juga hari raya aidilfitri yang akan tiba nanti
Ell nak promote kat korang semua yang Ell ade jual kek lapis pelbagai perisa dan juga kuih muih..
amboi,,bunyi macam banyak je kan.. hahahaha

ok.. antara kek lapis yang ell jual ialah 
kek lapis idola,lapis mix fruit,lapis asam manis,lapis sabuk sultane,lapis cadbury,lapis mutiara,
 lapis roll moscovis
dan hott selling ialah lapis cempedak dan jugak lapis blueberry.

selain tu..Ell juga ade jual kuih raye....
untuk kuih raya plak..
ade bangkit cheese, kacang roll. kuih tart nanas, batang buruk, choclate chip n makmur.. 
FYI . kuih-kuih dan juga segala bagai jenis kek lapis ni 
adalah buatan rumah.. erkk! dlm bahasa jawonyer homemade lerrr..
semuanya dijamin sedap dan puas hati dengan harge nyer.. berbaloi-baloi..!
> soal rasa, lidah mmg tak boleh bohong <   ^_^

ell tak dpt nak pos gambar² kuih muih mahupun kek lapis melapis.. memandangkan bulan puase kan..
ade terbace di FB UAI mengatakan tak elok pos gambo makanan di bulan puase ni...
( huhuhuu.. alasan sbb pendrive maner tah hilang... )

ok.. klu nak tgk korang boleh cikadaud di fb pesenel Ell tu yer.. boleh klik terus kat sebelah kiri tu.
tgk dlm album gambar "tempahan raya 2012"

oklah.. tujuan utama just nak wish salam ramadan.. da aku melalut sampai berbisner plak tetibe..
alrite, bile berpatah balik ckp pasal ramadan ni..
time berbuke tu ingat² lah orang yang susah.. jgn melantak tak ingat dunia..
nnt nak bangun solat pun tak larat.. 
time mebeli di bazar pun jgn diikutkan nafsu..
ell sendiri pun,, klu g bazar tu terasa nak makan semua.. tapi cuba kawal perasaan dan nafsu yang menggelodak tu... insyaAllah.. bile da buat sekali dua..lepas tu ok jer..nafsu akan dapat dikawal sepenuhnyer..

last but not least.. ell nak mohon ampun dan maaf pada semua tak kire lah kenal atau tak..
maner yang kenal tu.. mohon halal kan makan dan minum klu ade termakan dan terminum.
senang kire 0 - 0 lah yer.. nnt klu ade slh lagi ell minta maaf utk pakej raya pulak.. hehehehehe






Saturday 14 April 2012

HOMAI....!!!!!!

Assalamualaikum semua...

harap dalam keadaan sihat sentiasa..maklumlah..sekarang ni cuaca dah tak menetu..kejap panas, kejap lagi hujan pulak.. so, jagelah kesihatan yer..

ok..Ell da tak sabar nak shared something ni.. aarrkkkk!! saya sgt xcited,teruja,tergedik dan segala terrr..... sbbnyer,,slh seorang blogger yang menjadi POJAAN hatiku komen kat my entri.. homaiiii..!! terkezut sgt.. on the sport terus update blog.. tak tahan ok! haahahhahaaa..

korang nak tahu saper gerangannyer.. si akk cantik manissssss ni lah...

hehehehe.. korang ade? tak de  kannn???

asal? tak caye.. hah.. tgk ni pulak..


hah... caye ke idakk.. ?? kannn.. hehheheee..sbb tu Ell jakun ya amat.. sumpah.. mmg happy giler sampai tak tido mlm..heheheheee.... :)
thankz elia coz sudi menjengah my blog yang mmg tak seberapa ni...

Monday 2 April 2012

Tanggungjawab seorang isteri.. :)


1. Sentiasa memelihara diri, kebersihan badan dan kecantikan wajah serta kebersihan rumah tangga. Sebab pada umumnya seorang wanita kalau masih gadis, ia sangat memperhatikan dirinya, kecantikan, kebersihan badan, bentuk pakaian, sopan santun dan sebagainya. Akan tetapi kalau sudah bersuami, semuanya itu, baik kecantikan, kebersihan badan juga kebersihan rumah tangga sudah kurang mendapat perhatian. Jika kita perhatikan dalam kehidupan sehari-hari, sangat sedikit sekali isteri yang memperhatikan hal ini, kerana dianggapnya sebagai perkara kecil, apalagi jika suami segan pula untuk menegurnya, sebab perkara ini adalah perkara peribadi yang sangat sensitif. Menurut ajaran Islam, sikap seperti yang dijelaskan adalah sikap yang tidak terpuji, yang benar ialah: Bahawa isteri itu harus sentiasa menjaga kecantikan, kebersihan di hadapan suaminya, sebab dia adalah miliknya. Tidaklah patut seorang isteri menunjukkan kecantikannya di hadapan orang lain sedangkan di hadapan suaminya tidak demikian. Isteri yang solehah sentiasa menyiapkan diri sepenuhnya untuk suaminya. Ali bin Abi Thalib berkata: "Sesungguhnya jihad seorang wanita itu ialah taat kepada suaminya". Dia akan berusaha sekuat tenaga untuk untuk melayani suami dengan sebaik-baiknya, kerana dia tahu bahawa keredhaan seorang suami adalah keredhaan Allah dan kebencian suami terhadap isterinya adalah kebencian Allah.


2. Tidak boleh berbuat sesuatu tanpa pengetahuan suaminya. Misalnya meminjam wang dari orang lain baik untuk keperluan rumah tangga atau lain-lainnya.


3. Jika suami memanggilnya hendaklah segera datang, janganlah menunjuk sikap bosan atau acuh tak acuh kepadanya. Kerana hal itu akan dapat menyebabkan hubungan suami isteri menjadi retak.


4. Jika suami hendak pergi bekerja, hendaklah diiringi dengan kasih sayang, manakala semasa suami pulang dari kerja hendaklah disambut di pintu rumah dengan senyum dan ramah. Sikap isteri yang seperti ini akan melenyapkan keletihan suami selepas bekerja

.
5. Jika makan hendaklah selalu bersama-sama, janganlah sekali-kali isteri makan mendahului suaminya. Kecuali bila suaminya pulang terlambat dari ketentuan biasanya. Jika suami hendak makan, hendaklah isteri menyiapkan segala sesuatunya, seperti menyediakan pinggan atau piring, gelas, nasi, lauk dan sebagainya. Janganlah sampai hendaknya suaminya melayani dirinya sendiri. Sebab sikap isteri yang demikian itu adalah sikap seorang isteri yang tidak menghormati suaminya.


6. Jika masalah dalaman rumah tangga, hendaklah selalu di musyawarahkan dengan suami.


7. Jangan meminta sesuatu yang diluar kemampuan suami untuk membelinya.
 

8. Jika suami tertidur dan belum mengerjakan solat, maka hendaklah isteri membangunkannya dengan cara yang baik, atau jika suami lupa untuk menepati janji, maka hendaklah isteri mengingatkannya dengan cara yang baik pula. Jangan sekali-kali isteri menuntut janji kepada suaminya, sedangkan pada waktu itu suami masih belum sanggup untuk memenuhinya.
 

9. Pangkat, harta benda dan apa sahaja kebaikan suami janganlah diceritakan kepada orang lain.
 

10. Janganlah isteri membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain, baik dengan tetangga atau teman-temannya.
 

11. Janganlah berlaku boros, akan tetapi jangan pula bersikap bakhil. Hiduplah secara sederhana, berbelanjalah sesuai dengan kemampuan wang yang ada.
 

12. Seorang isteri jangan menyembunyikan makanan dari suaminya. Janganlah makanan yang sedap-sedap dimakan sendiri, sedangkan makanan yang tidak sedap diberikan kepada suami.
 

13. Hendaklah selalu mengerjakan solat berjemaah bersama suami.
 

14. Seorang isteri tidak boleh bersedekah yang hukumnya sunat kecuali mendapat izin dari suaminya. Akan tetapi jika zakat, isteri boleh mengeluarkannya dengan cara yang betul. Jika suami lupa mengeluarkan zakat harta bendanya, seorang isteri harus mengingatkannya.
 

15. Seorang isteri harus dapat menyesuaikan masakan dengan selera suaminya. Dan harus tahu masakan apa yang disenangi oleh suaminya.
 

16. Selalu membantu suami dalam menegakkan kebenaran. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah sebagai penolong sebahagian yang lain, mereka menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah, dan Rasul-Nya. Mereka itulah yang akan mendapat rahmat Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksama". (At-Taubah: 71)
 

17. Keluarga suami hendaklah dianggap seperti keluarga sendiri.
 

18. Tidak boleh mengerjakan puasa sunat tanpa izin suami terlebih dahulu, sebab berkemungkinan suami menginginkan untuk tidur bersama disiang hari.
 

19. Janganlah sekali-kali melanggar wasiat atau pesan suami, selagi wasiat atau pesan itu bukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.

Dalam suatu riwayat diterangkan, bahawa Asma binti Kharijah Fasari berkata kepada puterinya ketika hendak melangsungkan perkahwinan;
 

"Wahai puteriku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dahulu dilahirkan sehingga engkau menjadi besar. Kini engkau akan pindah ketempat dan keadaan yang belum engkau kenal, dan engkau harus menemani seseorang juga yang belum engkau kenal. Ketahuilah wahai anakku, orang itu adalah suamimu. Jadilah engkau sebagai tanah dan dia sebagai langitmu. Jadilah engkau sebagai lantai, dan dia sebagai tiangmu. Jangan engkau membebankannya dengan berbagai kesusahan, sebab akan menjadikan ia akan meninggalkanmu. Jangan engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupakan dirimu. Kalau ia mendekatimu, maka dekatilah dia pula, dan sekiranya ia menjauhimu, maka jauhilah ia dengan baik.

Wahai puteriku, peliharalah suamimu dengan baik, hidungnya, matanya, dan lain-lainnya. Jangan sampai suamimu itu mencium sesuatu darimu kecuali yang harum, jangan pula ia mendengar perkataanmu kecuali dengan suara yang merdu, dan jangan pula suamimu melihatmu kecuali yang indah dari dirimu. Jadikanlah dirimu sebagai sendi utama di dalam rumahmu. Hendaklah kamu lebih banyak duduk di bilik rumah suamimu, dan janganlah kamu menyelidiki keburukannya. Seorang isteri itu harus sedikit bicaranya dengan tetangganya (jiran). Janganlah kamu memasuki rumah tetanggamu (jiran) melainkan setelah mendapat izin dari orang yang punya rumah.

Seorang isteri hendaklah selalu menjaga hak suaminya, baik pada waktu ia sedang tidak ada di rumah ataupun ketika ia berada di rumah. Hendaklah diusahakan agar suamimu itu selalu gembira hatinya ketika ia berada di sampingmu. Jangan sekali-kali seorang isteri itu mengkhianati dirinya sendiri atau harta milik suaminya.

Apabila telah mendapat izin keluar rumah, hendaklah seorang isteri itu berjalan dengan sembunyi-sembunyi, berpakaian sederhana, tidak menunjuk-nunjukkan tubuh dan pakaiannya. Hindarilah bercakap-cakap di jalan-jalan dengan lelaki yang bukan muhrim.

Apabila seorang teman suamimu minta izin kepadamu untuk masuk ke rumah, sedangkan pada waktu itu suamimu tidak ada, maka janganlah engkau mengizinkannya atau mencuba bercakap-cakap dengannya. Hendaklah kamu cemburu pada dirimu sendiri dan mengerti akan kecemburuan suamimu.

Seorang isteri hendaklah merasa puas dan bersyukur dengan apa yang ada pada suaminya baik rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Isteri pula berkewajipan selalu membersihkan diri, sentiasa setia dalam segala keadaan. Isteri juga wajib bersikap belas kasihan terhadap anak-anaknya, menjaga serta menutupi keburukan mereka, jangan mudah memaki anak-anak atau berbuat sesuatu yang kurang menyenangkan hati suaminya"



p/s : semoga sama-samalah kita berusaha menjadi isteri yang soleh.. aminnn

Tuesday 27 March 2012

Jawatan kosOng...

Assalammualaikum...

salam sejahtera.. hope semua readers kesayangan Ell sihat dan happy selalu dan sentiasa diberkati Allah..
ok.. kali ni mmg Ell mengaku.. da berbulan rasanya tak update ape2.. ermm.. paham² je lah... sejak2 da jadi surirumah yang berkerjaya ni.. mase mmg amat terhad..

daa... cukup lah tu membebel yer.. ni nak story pasal jawatan kosong.. sekarang ni mmg tgh banyak jawatan kosong terutamanya jawatan kosong kerajaan .. ermmm ,, ape lagi.. bagi yang masih "tanam anggur" dan  tercari-cari kerja atau pun yang nak try dapat kerja yang lebih baik ,, boleh lah terjah laman web ni .. byk jawatan kosong yang ade kat situ,,

soo... tggu ape lagi... isi lah borang maner yang berkelayakan tu yer...selamat maju jaya..!!!


p/s : klu da isi borang tu.. kot2 da dapat nnt jgn luper share yours happines tu yer,,, klu nak blanje Ell pun ok jugak.. ehehehehe ( ^_^ )

Wednesday 4 January 2012

suke..suke..suke...!!! weeeeee...!!!!

Assalamualaikum,,,

nggeeeeee..... nak share satu bende ni,..xcited sgt-sgt..tak terkire rasanyer,,
ok2.. Ell citer dari A to Z k,,
cenggini..tadi mase berwalk blogging.. Ell terjumpe satu blog yang super duper shhhaaannnteeekk dan 
mmg besstt..sis ni mmg peminat no 1 Microsoft Excel.. ohhoohhoo..
giler kentang tol.. dia boley buat doodle gunakan excel,,,
memulakan..Ell tgk cam pelik jer,, tak caya pun yer,,,
so.. dengan hati yang tertanya-tanya,,
Ell pun mencari tutorial kat blog dia tuu..
biler da menuntut sedikit sebanyak dgn hanya dgr2 ayam,, ( ade ke dgr2 ayam..?? ehehehe )
Ell pun mencube lah.. dan hasilnya.. maluuuu nak tunjuk,.,ehehehe
ok2.. ni lah hasilnya,, 












taaaarrrraaaaa.....





ape macam?? ehehehehehe.. nilah dia hasil pertama kali membuat doodle menggunakan excel..
chumil sgt..( waaahhh..puji diri sendiri,,ahahahaha.. )
ok2.. klu rajin nak wat doodle lain plak.. 



*** da siap pos baru Ell perasan yang tgn doodle ni sebelah kanan agak cacat sikit..
ehehehe.. tu lah...xcited sgt!